Blueberry Cheese Tart  

Friday, August 1, 2008

Bahan-bahan ( 10 biji )
Bahan untuk Sweet Pastry:-
125 gm mentega
60 gm gula aising (optional)
1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
240 gm tepung gandum

Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
250 gm cream cheese
50 gm gula aising
20 gm mentega (lembutkan)
1/2 sudu besar perahan lemon
1 biji telur (gred B)
Blueberry pie filling


Methods
Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
Untuk membuat sweet pastry: -pukul mentega dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.

Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan ke dalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan di atas dengan blueberry filling dan susun d iatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit.

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ Blueberry Cheese Tart

 

Design by Amanda @ Blogger Buster